Monday, December 3, 2018

Project-Based Learning di SK Kg. Ladang, Gemas



Ini merupakan sekolah terakhir dalam program Project-Based Learning yang dikendalikan oleh Unit Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.

Sebanyak 19 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam program ini, di mana dua daripadanya adalah sekolah menengah.  Tiap sekolah diberi kebebasan memilih dua subjek yang ingin dijadikan bahan Project-Based Learning ini.

Bagi program bertarikh 22hb November 2018, yang bertempat di SK Kg Ladang  ini, pihak sekolah telah memilih subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.  Program yang bermula jam 9.00 pagi itu telah menyaksikan para pelajar sendiri mengambil bahagian dalam penyediaan bahan, memberi penerangan dan pembentangan.

Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang telah menjayakan Project-Based Learning untuk tahun ini.  


No comments:

Post a Comment