Setiap yang bermula akan berakhir. Setiap titik permulaan akan ada titik penghujungnya. Begitu jugalah dengan jawatan dalam perkhidmatan yang kita sandang selama ini, akan sampai jua saat penghujungnya.
Pada 25hb Mei 2017, warga Pejabat Pendidikan Daerah Tampin telah mengadakan majlis perpisahan untuk tiga tonggak pejabat ini. Majlis yang diadakan di A Famosa, Melaka itu adalah sempena meraikan persaraan Tn Hj Zainudin bin Mohd Yusof, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, En Mohd Ridwan bin Idris, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Teknik/Vokasional) dan juga En Abdul Aziz bin Bujang, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pembangunan Kemanusiaan).
Minta gula barang se cangkir
Mari bubuh di atas peti
Setiap yang mula akan berakhir
Patah tumbuh hilang berganti
Mari bubuh di atas peti
Campur nangka menjadi pengat
Patah tumbuh hilang berganti
Segala jasa tetap diingat
No comments:
Post a Comment