Showing posts with label Pentadbiran. Show all posts
Showing posts with label Pentadbiran. Show all posts

Friday, April 13, 2018

Majlis Penutup Audit Dalaman



Empat hari tempoh pengauditan akhirnya sampai ke penghujung dan keseluruhan warga Pejabat Pendidikan Daerah Tampin kini mampu menghela nafas lega.

Wednesday, April 11, 2018

Audit Dalam ISO 900:2015



Seperti tahun-tahun sebelumnya waktu-waktu awal tahun ini adalah waktu di mana semua unit dalam Pejabat Pendidikan Daerah Tampin ini akan melalui proses audit yang mana kebiasaannya kumpulan auditor itu akan turut disertai oleh para pegawai dari Jabatan Pendidikan negeri lain.

Tuesday, January 23, 2018

Lawatan Pra-Bimbingan Kali Pertama




Tahun ini pihak SISC+ dan SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin mengambil pendekatan yang agak berbeza dari pendekatan-pendekatan yang telah pernah kami jalankan dari tahun 2014 hingga 2017.

Wednesday, January 25, 2017

Bengkel SKPMg2

Star Q
ii.  Ayam Cocoh





Dunia pendidikan mengalami terlalu banyak perubahan sejak kebelakangan ini sehinggakan seseorang pendidik itu akan kehilangan punca sekiranya tidak bersama-sama mengejar perubahan tersebut.

Tuesday, July 19, 2016

Pemantauan Bersepadu SMKTAR

Star Q


Penulis belum pernah lagi menyertadi sebarang bentuk pemantauan dalam apa bentuk atau yang melibatkan mana-mana pihak sekali pun.  Walaupun keterlibatan penulis bukanlah secara langsung, namun berpeluang melihat bagaimana ia dilaksanakan.

Wednesday, November 4, 2015

Bengkel Kajisemula 2015

 Star Q


Pada 5hb November 2015, satu bengkel bertajuk Bengkel Kajisemula (2015) dan Perancangan Pengurusan Pelaksanaan KBAT di sekolah 2016, telah diadakan di Bilik Gerakan, Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, dari jam 5.00 pagi hingga 5.00 petang.

Bengkel tersebut telah dihadiri oleh Guru-guru Penolong Kanan dari sekolah-sekolah rendah di daerah Tampin dengan berfokus kepada elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran, khusus kerana mereka adalah pentadbir sekolah yang turut membimbing guru-guru mereka di sekolah.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Pn Heng Jee Soon, SIP+ PPD Tampin, dengan dibantu oleh kesemua SISC+.

Thursday, October 29, 2015

Bengkel Refleksi : Coaching and Mentoring

Star Q


Hari ini, 26hb Oktober 2015, bertempat di A-Famosa Melaka, telah berlangsung Bengkel Refleksi Pembangunan Profesional Berterusan dengan Tajuk - Coaching and Mentoring bagi Kohort 1/2015, yang merupakan sesi pembentangan laporan.

Tuesday, December 9, 2014

Lawatan Penanda Aras ke PPD Muar

Star Q


Setelah banyak lawatan penanda aras dicadang dan dibentangkan untuk dilaksanakan tetapi tidak pernah menjadi kenyataan, akhirnya tercapailah hajat warga SISC+ khususnya dan staf Pejabat Pendidikan Daerah Tampin umumnya untuk menjadi program ini sebuah kenyataan.

Monday, December 1, 2014

Bengkel Perancangan Strategik

Star Q



Pejabat Pendidikan Daerah Tampin baru-baru ini telah menganjurkan program bertajuk Bengkel Perancangan Strategik Sekolah Berlandaskan PPPM SKPM.  Bengkel yang diadakan di A Famosa  Resort, Melaka dikhususkan untuk pentadbir-pentadbir sekolah menengah dan sekolah rendah di daerah Tampin.