Star Q
Agak lama rasanya penulis tidak melibatkan diri dalam acara rewang untuk satu-satu majlis. Peluang untuk rewang bersama rakan-rakan se pejabat sememangnya tidak akan dilepaskan, khususnya kerana kerja rewang memang sesuatu yang penulis tidak kekok lakukan.
Penulis berbesar hati dapat membantu dalam proses memasak dan menyediakan hidangan utama sempena Majlis Ramah Mesra Pejabat Pendidikan Daerah Tampin 2015 sempena Hari Raya Aidil Fitri. Hidangan utama tersebut yang proses memasaknya diketua oleh SISC+ Bahasa Melayu PPD Tampin memberi peluang kepada penulis mempelajari selok-belok memasak Nasi Beriyani berlaukkan Beriyani Kambing.
Majlis Ramah Mesra yang berlangsung pada 13hb Ogos 2015, jam 2.30 petang di pekarangan PPD Tampin telah dihadiri oleh Dato Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. YTM Tunku Besar Tampin telah turut sudi mencemar duli ke majlis kami.
Apa pun, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menggembleng tenaga untuk menjayakan majlis ini.
No comments:
Post a Comment