Wednesday, May 31, 2017

Majlis Perpisahan Tiga Tonggak


Setiap yang bermula akan berakhir.  Setiap titik permulaan akan ada titik penghujungnya.  Begitu jugalah dengan jawatan dalam perkhidmatan yang kita sandang selama ini, akan sampai jua saat penghujungnya.

Monday, May 29, 2017

Kursus Reading di ELTC




Penulis memang sentiasa menantikan sebarang kursus yang dianjurkan oleh English Language Teaching Centre yang terletak di Bandar Enstek, Seremban.  Walau dalam keadaan yang sakit kaki, penulis gagahi juga untuk hadir ke kursus tersebut.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Kualiti




Tiba giliran Pejabat Pendidikan Daerah Tampin untuk mengajurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Kualiti untuk tahun 2016.  Seingat penulis tidak berapa lama sebelum ini, Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson baru saja selesai mengajurkan majlis mereka.

Monday, May 15, 2017

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017


Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke 46 / 2017 telah diadakan di Johor Darul Ta'zim.  Sambutan tahun ini yang telah dijalankan mulai 20hb April 2017 lagi mencapai kemuncaknya pada 16hb Mei 2017 dengan temanya Guru Pembina Negara Bangsa.

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ini telah diadakan di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.  Delegasi dari Tampin telah diketuai sendiri oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, Tn Hj Hamzah bin Abu.  Lain-lain dalam delegasi itu termasuklah SIP+ PPD Tampin Pn Heng Jee Soon, Tn Pengetua SMK Dato Mohd Taha dan Guru Besar SK Dato Sulaiman.


Sunday, May 7, 2017

PLC PPSS - SMK Bukit Rokan




Ini merupakan jerayawara yang kedua dalam program PLC Pasukan Pelaksana SKPMg2 Standard 4 yang dikelolakan bersama oleh SIP+ dan SISC+ (Menengah) Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.

Untuk sesi kedua ini, pasukan ini telah melakukan lawatan bimbingan ke SMK Bukit Rokan pada 3hb Mei 2017.  Kelas-kelas yang telah sempat dilawati semasa pengajaran dan pembelajaran termasuklah kelas Sejarah, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Sesi petang program ini telah mengumpulkan semua guru sekolah tersebut bersama SIP+ dan SISC+ untuk berkongsi idea tentang hasil dapatan dari lawatan ke kelas-kelas yang disebutkan tadi dan bagaimana meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan SKPMg2 Standard 4.


PLC Pasukan Pelaksana SKPM Standard 4




Pada 27hb April 2018, satu pasukan dari Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dari SIP+ Pn Heng Jee Soon serta dua orang SISC+ iaitu Pn Yuslina bt Othman dan En Rozy bin Ramli telah ke SMK Pasir Besar untuk melaksanakan lawatan bimbingan dan PLC.

Pasukan yang dipanggil Pasukan Pelaksana SKPM Standard 4 tersebut yang diketuai oleh Pn Heng Jee Soon, telah melakukan Lesson Study untuk tiga orang guru di sekolah tersebut.  Guru-guru yang terlibat terdiri daripada seorang guru Sejarah, guru Bahasa Inggeris dan guru Matematik.  Lesson Study tersebut turut disertai oleh Guru-guru Penolong Kanan dan Ketua-ketua Bidang sekolah tersebut.