Tuesday, February 23, 2016

Gotong-Royong di SJKC Air Kuning Selatan

Star Q


Pada 15hb Februari 2016, sekumpulan pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Tampin telah pergi ke SJKC Air Kuning Selatan, untuk menjalankan satu aktiviti gotong-royong.  Gotong-royong tersebut telah turut disertai oleh beberapa orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Tujuan gotong-royong itu diadakan adalah bagi membantu pihak sekolah tersebutt dalam kerja-kerja pembersihan setelah sekolah itu dilanda banjir.  Sebelum ini pihak Jabatan Bomba telah membuat operasi pembesihan awal bagi mencuci lumpur yang telah dibawa banjir.

Dua orang SISC+ iaitu Pn. Mastura binti Kamaruddin dan Pn. Hjh. Norizah bt Alias, telah turut serta dalam operasi pembersihan gotong-royong tersebut.




No comments:

Post a Comment