Friday, March 18, 2016

Gotong-Royong Fasa 2 PPDT

Star Q


Tiada apa yang dapat dikatakan bila melihat barang-brang di dalam stor pejabat yang begitu banyak yang perlu dilupuskan.  Barang-barang tersebut pula, termasuklah mesin fotostat lama dan komputer yang sudah rosak perlu dipindahkan keluar dari stor tersebut untuk memberi ruang kepada barang-barang lain yang hendak dilupuskan barangkali.

Gotong-royong yang diadakan pada hari ini 18hb Mac 2016 bermula jam 3.00 petang merupakan Fasa ke 2 dan sambungan kepada gotong-royong yang telah diadakan buat kali pertama pada tahun ini pada hari Sabtu, 5hb Mac 2016.

Walaupun ramai staf yang bercuti hari ini, sesi gotong-royong tersebut telah dijalankan juga dengan kekuatan lebih kurang 20 orang, yang terdiri dari semua golongan staf di Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.  Penulis hanya mampu bertahan selama satu jam sahaja mengangkat dan mengalihkan komputer-komputer lama tersebut, sebelum mengaku kalah kepada kepenatan.

No comments:

Post a Comment