Star Q
iii. Lala Kimchi
Memang agak lama juga tiada sebarang sesi profesionalisme yang dianjurkan untuk SISC+ Negeri Sembilan jika dibandingkan semasa kami mula-mula dilantik dulu pada tahun 2014 di mana kami sering dijemput untuk menghadiri pelbagai sesi profesionalisme.
Perbezaan tersebut bukan sahaja pada kekerapan sesi tersebut dianjurkan malah jangka masa satu-satu sesi profesionalisme itu diadakan juga telah berubah. Jika dahulu kebanyakan sesi diadakan selama tiga hari dua malam, atas sebab-sebab tertentu, sesi profesionalisme yang diadakan kali ini contohnya, diadakan hanya setengah hari.
Sesi Profesionalisme SISC+ Negeri Sembilan kali ini telah diadakan pada hari Rabu, 18hb Mei 2016 dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang. Sesi tersebut telah diadakan di Seri Menanti Resort, Kuala Pilah. Sesi tersebut telah dirasmikan oleh Puan Maznah binti Abu Bakar, Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment