Monday, August 15, 2016

Di Sebalik Tabir Hari Guru

Star Q




Walaupun sambutan hari guru telah pun hampir dua bulan berlalu, namun ingatan kepada warga pendidik tidak pernah luntur.  Begitu jugalah dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, dalam kesibukan yang pelbagai, akhirnya dapat juga merealisasikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Tampin.

Sambutan tersebut yang akan diadakan di Dewan IPD Polis Tampin pada 20hb Julai 2016 telah melalui peringkat-peringkat persediaanya sejak dari awal lagi, terutama sekalai dalam menentukan jawatankuasa kerja.

Ini adalah antara jawatankuasa kerja di sebalik tabir yang kebiasaanya telah menyelesaikan tugasan sebelum majlis sebenar berlangsung.  Masih terdapat lain-lain jawatankuasa kerja di sebalik tabir yang bertebaran di sekitar pejabat ini atau di dewan yang tidak dapat dirakamkan gambar mereka semuanya.

No comments:

Post a Comment