Thursday, November 10, 2016

Kursus SISC+ Matematik

Star Q


Kali ini, sekali lagi, rakan-rakan SISC+ Matematik telah berpeluang untuk menghadiri kursus pembangunan profesional.

Kursus kali ini telah diadakan di kampus Institut Pendidikan Guru Tun Hussein di Batu Pahat.  Ianya telah diadakan bermula dari 24hb Oktober 2016 hingga 26hb Oktober 2016.  Para peserta bernasib baik kerana penginapan disediakan di sebuah hotel di Batu Pahat iaitu Hotel 888.  

Hakikatnya, penginapan yang disediakan buat mereka adalah lebih jika dibandingkan dengan penginapan peserta-peserta kursus lain.  Walaupun perkara utama adalah ilmu yang diperolehi melalui kursus tersebut, namun keselesaan peserta harus diambil kira.

No comments:

Post a Comment