Monday, May 29, 2017

Kursus Reading di ELTC




Penulis memang sentiasa menantikan sebarang kursus yang dianjurkan oleh English Language Teaching Centre yang terletak di Bandar Enstek, Seremban.  Walau dalam keadaan yang sakit kaki, penulis gagahi juga untuk hadir ke kursus tersebut.

Seperti kebiasaan, sebab utama menghadiri kursus anjuran ELTC ialah kerana peluang dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan SISC+ yang telah dikenali dan menjadi mesra sejak tahun 2014 dahulu.  Sebab keduanya ialah kursus yang dianjurkan oleh ELTC biasanya banyak membantu SISC+ dalam tugas kami membantu guru.

Walau pun penginapan yang  disediakan hanya lah di asrama Institut Pendidikan Guru bersebelahan ELTC, penulis lalui juga kerana sebab-sebab yang baru dinyatakan tadi.  Tiada lagi hotel-hotel tiga bintang seperti tahun 2014 dulu.

Kursus yang bermula pada 22hb Mei 2017 telah berakhir pada 25hb Mei 2017.  Terima kasih kepada ELTC kerana memberi kursus yang bermunafaat serta menyediakan makanan yang cukup enak untuk kami peserta kursus.  Juga kepada pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru yang telah menyediakan bilik yang selesa untuk penginapan kami.


No comments:

Post a Comment