Thursday, June 8, 2017

Kongsi Ilmu Kelas Kecemerlangan


Tugas seorang yang bernama guru memang tidak pernah akan selesai.  Apatah lagi bagi guru-guru yang mengajar kelas peperiksaan, masa luang mereka sangat terhad dengan segala macam aktiviti untuk membimbing pelajar mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

Begitu jugalah dengan masa cuti semester satu yang akan berakhir minggu ini telah memperlihatkan semangat kental seorang Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Bukit Rokan dalam mencapai matlamat ini.  

Kelas kecemerlangan yang telah dijalankan selama enam hari, dua jam setiap hari, telah dihadiri oleh para pelajar kelas 5A dan sebahagian daripada 5B.  Pada 13hb Jun 2017, iaitu pada hari yang sempat penulis hadir, Pn Hjh Normala bt Shariff membuat ulangkaji beberapa tajuk tatabahasa bersama pelajar.

Penulis gembira dapat menyumbangkan ilmu yang tidak sepertinya semasa kelas tersebut.  Diharap lebih banyak lagi sekolah mengadakan kelas-kelas kecemerlangan semasa cuti sekolah agar pihak SISC+ dapat menitipkan sedikit ilmu yang ada pada kami untuk dikongsi bersama.


No comments:

Post a Comment