Thursday, July 27, 2017

Ceramah Penulisan RPH




Dengan pengenalan SKPMg2 Standard 4 pada awal tahun ini, terdapat berbagai-bagai versi penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam kalangan guru-guru di daerah Tampin ini.  Bagi yang menggunakan fail, juga terdapat berbagai-bagai 'template' yang digunakan.

Atas kesedaran inilah maka pada 18hb Julai 2017, pihak pengurusan SM Agama Gemas telah menjemput SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin untuk memeri ceramah tentang penulisah RPH.  En Mohd Yusof bin Bujai, SISC+ Bahasa Melayu (SM) telah memulakan sesi ceramah tersebut.  Penulis juga turut terlibat dengan berkongsi contoh 'template' RPH yang boleh diadaptasi mengikut kesesuaian sekolah tersebut selaras dengan surat pekeliling yang telah dipanjangkan kepada semua sekolah oleh pihak PPD Tampin.










No comments:

Post a Comment