Monday, December 3, 2018

Makan Malam Sempena Meraikan Persaraan Rakan SISC+


Satu lagi majlis telah diadakan untuk saudara Yusof Bujai yang bersara pilihan mulai 1 November 2018.  Oleh kerana KRSS Pejabat Pendidikan Daerah Tampin telah mengadakan majlis mereka pada 30hb November 2018, rasanya tidak molek kalau rakan SISC+ dan SIP+ tidak buat sesuatu yang istimewa untuk beliau.

Jadi, pada 1hb Disember 2018, semua SISC+ dan SIP+ PPD Tampin telah menganjurkan makan malam khas untuk Saudara Yusof (YB).  YB yang diiringi oleh isteri beliau telah turut serta dalam makan malam itu yang diadakan di Medan Ikan Bakar, Muara Sungai Duyong, Melaka.

Makan malam yang disertai oleh kami berlapan ini dirasakan lebih intim dalam mengimbau kenangan yang telah sama kami lalui khususnya bersama rakan-rakan SISC+.  Antara hidangan yang disediakan pada malam itu termasuklah Sotong Goreng Tepung, Ketam Goreng Telur Masin, Kerang Rebus, Siput Pahat goreng Cili, Kerapu Masam manis dan Siakap Bakar!

Semoga YB terus sihat sejahtera dan bergembira dalam melayari hidup sebagai seorang pesara.  Selamat bersara YB! 😊

No comments:

Post a Comment