Program Melestarikan Professional Learning Community (PLC) diteruskan lagi dengan sekolah menengah yang terakhir dalam senarai lawatan. Selesai lawatan ke sekolah menengah, akan menyusul lawatan melestarikan PLC ke sekolah-sekolah rendah terpilih.
Showing posts with label Lawatan Bimbingan. Show all posts
Showing posts with label Lawatan Bimbingan. Show all posts
Thursday, January 31, 2019
Thursday, January 17, 2019
Melestarikan PLC
Ini merupakan sesi pertemuan kali pertama untuk tahun 2019 ini bersama dengan guru-guru dari sekolah-sekolah fokus di daerah Tampin. Rata-rata memulakan pertemuan dengan bertanya khabar dan juga perkembangan terkini masing-masing.
Tuesday, November 28, 2017
More on The Art of Writing
This is the last round for this workshop. The first one I conducted it at SMK Tuanku Abdul Rahman while the second was at SMK Bukit Rokan. This time around I conducted it at SMK Bukit Jalor as part of a three-slot session.
Sunday, September 17, 2017
The Art of Writing Workshop
It is normal for schools to conduct exam-related activities after the students have sat for their trial examination. Even more so when the actual exam, in this case the SPM examination, is just around the corner.
Jerayawara PPD Sowcase SMK Gemas
Ini merupakan sesi ketiga dalam Jerayawara PPD Showcase yang menyenaraikan empat buah sekolah menengah di Tampin sebagai fokus bimbingan.
Thursday, July 27, 2017
Ceramah Penulisan RPH
Dengan pengenalan SKPMg2 Standard 4 pada awal tahun ini, terdapat berbagai-bagai versi penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam kalangan guru-guru di daerah Tampin ini. Bagi yang menggunakan fail, juga terdapat berbagai-bagai 'template' yang digunakan.
Thursday, June 22, 2017
Pasukan Pelaksana Std 4 di SMK Pasir Besar
Ini merupakan kali ketujuh sesi PLC diadakan oleh SIP+ dan SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin atas jemputan pengetua sekolah berkenaan. Untuk kali ini kami telah dijemput oleh pengetua SMK Pasir Besar, Gemas,
Seramai tiga orang guru telah dilihat pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) mereka di dalam kelas diikuti dengan perbincangan tentang ketepatan PdPc tersebut selaras dengan Standarad 4 dalam SKPMg2. Seperti biasa kumpulan PPS4 dari PPD Tampin ini diketuai oleh SIP+ Pn Heng Jee Soon disertai oleh tiga orang SISC+ iaitu En Rozy bin Ramli, Pn Yuslina bt Othman dan En Mohd Yusof bin Bujai.
Diharapkan kesemua tenaga pengajar di sekolah tersebut telah mendapat menafaat daripada lawatan bimbingan yang telah dijalankan.
Tuesday, June 6, 2017
PLC PPSS - SMK Tunku Syed Idrus
Kali ini Pasukan Pelaksana SKPMg2 Standard 4 Pejabat Pendidikan Daerah Tampin bergerak ke SMK Tunku Syed Idrus dalam usaha-usaha untuk mempertingkatkan amalan terbaik para guru dalam PdPc mereka.
Sunday, May 7, 2017
PLC PPSS - SMK Bukit Rokan
Ini merupakan jerayawara yang kedua dalam program PLC Pasukan Pelaksana SKPMg2 Standard 4 yang dikelolakan bersama oleh SIP+ dan SISC+ (Menengah) Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.
Untuk sesi kedua ini, pasukan ini telah melakukan lawatan bimbingan ke SMK Bukit Rokan pada 3hb Mei 2017. Kelas-kelas yang telah sempat dilawati semasa pengajaran dan pembelajaran termasuklah kelas Sejarah, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Sesi petang program ini telah mengumpulkan semua guru sekolah tersebut bersama SIP+ dan SISC+ untuk berkongsi idea tentang hasil dapatan dari lawatan ke kelas-kelas yang disebutkan tadi dan bagaimana meningkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan SKPMg2 Standard 4.
PLC Pasukan Pelaksana SKPM Standard 4
Pada 27hb April 2018, satu pasukan dari Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dari SIP+ Pn Heng Jee Soon serta dua orang SISC+ iaitu Pn Yuslina bt Othman dan En Rozy bin Ramli telah ke SMK Pasir Besar untuk melaksanakan lawatan bimbingan dan PLC.
Pasukan yang dipanggil Pasukan Pelaksana SKPM Standard 4 tersebut yang diketuai oleh Pn Heng Jee Soon, telah melakukan Lesson Study untuk tiga orang guru di sekolah tersebut. Guru-guru yang terlibat terdiri daripada seorang guru Sejarah, guru Bahasa Inggeris dan guru Matematik. Lesson Study tersebut turut disertai oleh Guru-guru Penolong Kanan dan Ketua-ketua Bidang sekolah tersebut.
Tuesday, May 5, 2015
Differentiated Teaching & Learning
Star Q
iii. Monkey Business
![]() |
| Sila klik pautan ini untuk ke paparan slaid. |
Sebagai tambahan kepada sesi pencerahan menerusi jerayawara yang telah penulis jalan untuk sekolah-sekolah yang berkaitan, slaid ini telah disediakan dengan harapan dapat terus membantu para guru terus menerapkan elemen Differented Teaching and Learning semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas masing-masing.
Wednesday, October 15, 2014
Coaching untuk MUET 2 - Speaking
Star Q
Tugas Coaching & Mentoring bukan hanya berdasarkan kepada apa yang sudah tersenarai dalam perancangan kita. Namun pada masa-masa tertentu kita terpaksa menangguhkan lawatan bimbingan yang telah dijadualkan untuk memberi perhatian kepada yang lebih memerlukan khususnya bila bantuan kita diminta secara peribadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)





































