Sunday, May 17, 2015

School Support for Hotspot Schools

Star Q


Tahun ini ELTC (English Language Teaching Centre) sekali lagi mengadakan siri kursusnya untuk membangunkan Bahasa Inggeris dan memberi beberapa tunjuk-ajar kepada guru tentang teknik dan kaedah pengajaran Bahasa Inggeris yang lebih berkesan kepada pelajar.

Majlis Bersama YB Dato Seri Shaziman

Star Q


Satu Majlis Perjumpaan Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar, Pengerusi-pengerusi PIBG 
sekolah-sekolah Daerah Tampin bersama YB Dato Seri Hj Shaziman bin Hj Abu Mansor, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin, telah diadakan baru-baru ini.

Tuesday, May 5, 2015

Differentiated Teaching & Learning

Star Q

Sila klik pautan ini untuk ke paparan slaid.

Sebagai tambahan kepada sesi pencerahan menerusi jerayawara yang telah penulis jalan untuk sekolah-sekolah yang berkaitan, slaid ini telah disediakan dengan harapan dapat terus membantu para guru terus menerapkan elemen Differented Teaching and Learning semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas masing-masing.

Kursus Professional Reading and Writing

Star Q


Satu pengalaman baru bila penulis diminta menghadiri kursus di atas, yang mengikut penganjur sebenarnya disusun-atur khas untuk guru-guru besar di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.

Kursus yang telah diadakan dari 24hb Mac 2015 hingga 26hb Mac 2015 bertempat di Institut Aminuddin Baki Bandar ENSTEK, Nilai, Negeri Sembilan sebaliknya telah di hadiri hampir keseluruhannya oleh para SISC+ Bahasa Inggeris dari ketiga-tiga negeri yang disebutkan tadi.

Selain daripada itu, juga telah terdapat dalam kalangan kami yang terdiri daripada guru-guru yang memohon secara khusus untuk menghadiri kursus ini.

Bahan-bahan ceramah yang telah disampaikan oleh pensyarah-pensyarah dari institusi tersebut, sebahagian darinya berjaya membuka minda kami tentang kaedah-kaedah pengajaran membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris.

Sunday, March 15, 2015

Kursus Kejurulatihan SISC+

Star Q



Untuk pertama kalinya pada tahun ini, satu sesi kursus/bengkel besar-besaran untuk SISC+ peringkat negeri telah diadakan.  Bengkel yang bertempat di Hotel Mahkota di Melaka, telah berlangsung dari 26hb Februari 2015 hingga 28hb Februari 2015.

Thursday, January 29, 2015

Dialog Prestasi Pertama 2015

Star Q
iii.  Pity for PT3




Bulan Januari 2015 ini juga menyasksikan berlangsungnya Dialog Prestasi Pertama untuk tahun ini.  Dialog Prestasi yang pertama ini dihadiri oleh para guru besar dan wakil-wakil guru besar dari tujuh belas buah sekolah rendah dalam daerah Tampin.

Thursday, January 15, 2015

LDP Coco-Star

Star Q



Pada 16hb Januari 2016, Unit Latihan PPD Tampin telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk semua staff Unit Akademik serta SISC+ dan SIP.  LDP berkaitan dengan Coco-Star tersebut telah disampaikan secara bersama oleh En. Norhisham dari Sektor Pengurusan Akademik, JPNS dan orang yang telah mencipta Coco-Star itu sendiri, Tn. Hj. Yahya bin Darus dari Unit Penilaian, JPNS.