Star Q
Dua hari lagi, Hari Raya Aidil Adha akan menjelang tiba dan umat Islam akan menyambut Raya Qurban. Walau apa pun situasinya, raya tetap raya, dan ketibaannya tetap dinanti dengan penuh kegembiraan dan juga debaran.
Dan dalam hari-hari menjelangnya Aidil Adha, pejabat sudah mula kosong sedikit demi sedikit kerana ramai yang sudah mula bercuti. Beberapa ruang pejabat sudah pun kosong kerana penghuninya sudah mula bercuti panjang memandangkan raya jatuh pada Khamis ini, 24hb September 2015.
Kepada semua warga Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, penulis menghulur jari sepuluh memohon ampun dan maaf. Dan bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, saya juga mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha dan maaf zahir batin kepada semua warga pejabat pendidikan daerah lain.
No comments:
Post a Comment