Star Q
iii. What Group Ethos
Satu taklimat Penataran Format Baru Bahasa Inggeris UPSR 2016 telah diadakan pada 16hb Oktober 2015. Taklimat yang telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Gemencheh di SK Dato Abdullah, Gemencheh telah dihadiri oleh 39 orang guru Bahasa Inggeris; seorang dari setiap sekolah rendah di daerah Tampin.
Taklimat yang telah dikelolakan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dengan kerjasama dua orang jurulatih utama dari SK Tunku Besar bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang format baru kertas Bahasa Inggeris UPSR bagi tahun 2016.
Banyak perbezaan dilihat berlaku dalam format kertas tersebut. Yang paling ketara ialah, jika kertas Bahasa Inggeris UPSR dahulunya hanya terdiri dari satu kertas sahaja, melalui format baru ini nanti, para calon UPSR mulai tahun hadapan akan menduduki tiga set kertas soalan Bahasa Inggeris.
Penulis sempat mencadangkan beberapa langkah awal yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk memastikan para pelajar tidak ketinggalan menguasai Bahasa Inggeris untuk tujuan penilaian tersebut. Ini kerana berdasarkan apa yang diamati dalam format baru kertas tersebut, pelajar tidak boleh hanya belajar Bahasa Inggeris, tetapi mereka juga perlu mengamalkan penggunaannya.
Jadi sebagai langkah awal, penulis mencadangkan agar sekolah-sekolah membina suasana Bahasa Inggeris dalam persekitaran sekolah dan memberi peluang dan ruang seberapa banyak mungkin di sekolah agar pelajar dapat kerap menggunakan bahasa tersebut.
No comments:
Post a Comment