Jika sebelum ini satu bengkel telah diadakan khusus untuk pelajar, kali ini sebuah bengkel diadakan untuk para guru khususnya bagi mereka yang mengajar menengah atas iaitu di tingkatan empat dan lima.
Bengkel bertajuk Developing Reading Strategies for ESL Learners ini adalah perkongsian ilmu yang telah diperolehi oleh para SISC+ Bahasa Inggeris melalui kursus empat hari yang telah diadakan di English Language Teaching Centre ELTC) pada bulan Mei lalu.
Bengkel tersebut telah diadakan di Pusat Kegiatan Guru Gemencheh pada 10hb Ogos 2017. Sebagai pelan kontingensi, penulis telah menjemput SISC+ Bahasa Inggeris dari Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, Pn Shafinaz bt Adam, untuk membantu menyampaikan informasi.
Adalah diharapkan agar guru-guru yang telah menghadiri bengkel ini dapat menggunakan ilmu yang diperolehi bagi meningkatkan kemahiran kefahaman membaca para pelajar mereka, khususnya untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.
No comments:
Post a Comment