Sunday, September 17, 2017

Perbarisan Sempena Hari Kemerdekaan 2017


Tahun ini negara kita menyambut ulangtahun Kemerdekaan yang ke 60.  Seperti biasa, berbagai aktiviti telah dirancang bagi memeriahkan lagi hari tersebut.

Warga Pejabat Pendidikan Daerah Tampin juga tidak ketinggalan turut serta dalam salah satu program yang telah dirancang, iaitu perbarisan sempena hari Kebangsaan.

Untuk acara perbarisan ini keluarga kecil SISC+ telah diwakili oleh Pn Yuslina bt Othman, SISC+ Matematik (SM).  Beliau turut disertai oleh empat orang lagi pegawai dari PPD Tampin dalam acara itu yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban pada 31hb Ogos 2017.


No comments:

Post a Comment