Wednesday, April 11, 2018

Audit Dalam ISO 900:2015



Seperti tahun-tahun sebelumnya waktu-waktu awal tahun ini adalah waktu di mana semua unit dalam Pejabat Pendidikan Daerah Tampin ini akan melalui proses audit yang mana kebiasaannya kumpulan auditor itu akan turut disertai oleh para pegawai dari Jabatan Pendidikan negeri lain.

Dan seperti kebiasaannya juga kumpulan SISC+ dan SIP+ adalah yang paling awal diaudit. Ini adalah untuk membolehkan kami meneruskan tugas hakiki kami ia itu membimbing.  Ini memandangkan bahawa, kebiasaannya juga proses audit ini mengambil sehari suntuk untuk selesai.

Tidak dapat dinafikan, pengalaman melalui proses audit ini bukan lah sesuatu yang menggembirakan malah ianya memberi banyak tekanan kepada kami yang diaudit.  Sehinggakan apabila selesai proses audit, ketara sekali kelihatan para auditee menghela nafas panjang tanda kelegaan.




No comments:

Post a Comment