Thursday, November 22, 2018

Komuniti Penyokong Pembelajaran Abad ke 21




Satu program yang diberi nama Komuniti Penyokong Pembelajaran Abad ke 21 telah diadakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, pada 21hb November 2018 bertempat di SJKC Chung Hua, Tampin, Negeri Sembilan.

Program ini diadakan dengan kerjasama empat buah sekolah rendah Cina di daerah ini, iaitu SJKC Chung Hua sebagai tuan rumah, SJKC Kg Baru Tampin, SJKC Air Kuning Selatan Gemencheh dan SJKC Kuo Min Gemas.

Tuan rumah telah mengadakan pameran berkaitan dengan Project-Based Learning sementara guru-guru dari tiga buah sekolah yang disedut tadi telah menjalankan Micro Teaching dalam bentuk kelas terbuka (Open Classroom)

Aktiviti-aktiviti ini telah dijalankan sebagai memberi pendedahan kepada ibu-bapa pelajar, yang telah dijemput hadir, tentang kaedah pembelajaran Abad ke 21.  

Syabas dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan program tersebut.

No comments:

Post a Comment