Saturday, November 15, 2014

Kursus Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21

Star Q



Seperti yang dikatakan oleh seorang profesor yang merupakan salah seorang penceramah dalam kursus Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 ini, abad dua-puluh satu sudah berjalan selama empat-belas tahun namun kemahiran pembelajaran yang berkait dengannya baru sahaja dimulakan.

Atas kesedaran inilah maka Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mengambil banyak inisiatif untuk memberi kesedaran kepada semua warganya tentang kemahiran ini termasuklah kursus ini yang telah dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Kursus yang diadakan selama tiga hari ini, mulai 11hb November 2014 hingga 13hb November 2014, yang bertempat di Shah's Beach Resort, Melaka, dihadiri oleh para pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.  Turut dijemput hadir ialah dua orang SISC+ dari PPD Tampin dan dua orang SISC+ dari PPD Seremban serta seorang SIP juga dari PPD Seremban.

Pengisian yang disampaikan oleh para penceramah antaranya merupakan bekas pengetua SMK Semenchu yang merupakan salah sebuah sekolah amanah di Johor, banyak memberi pencerahan tentang kemahiran pembelajaran abad ke-21 ini.

No comments:

Post a Comment