Star Q
Semasa berkhidmat di sekolah dulu, memang tidak pernah terlepas dari menjalankan program latihan kebakaran, paling kurang dua kali setahun. Pada masa latihan inilah, pentingnya pergerakan yang cepat dan teratur ke tempat yang selamat dalam masa yang tertentu kerana sebarang kelewatan akan menyebabkan kehilangan nyawa.
Pejabat Pendidikan Daerah Tampin juga tidak terlepas dari menjalankan program ini. Pada pagi 21hb November 2014, satu latihan kebakaran telah dijalankan dengan dipantau oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Tampin.
Oleh kerana Pejabat Pendidikan Daerah Tampin agak besar dengan ruang-ruang pejabat yang agak banyak juga, maka setiap bahagian pejabat telah diklasifikasikan mengikut zon sekiranya berlaku kebakaran yang tidak diingini. Ruang pejabat untuk warga SISC+ dan SIP telah diklasifikasikan sebagai Zon 4.
No comments:
Post a Comment