Tuesday, November 4, 2014

Kursus Pemantapan Pedagogi GDB/SM

Star Q

Selama ini penulis sendiri pada kebiasaannya hanya pergi menghadiri kursus-kursus yang dijalankan oleh pihak PPD, JPNS mahupun KPM.  Tapi, buat diri penulis sendiri khususnya, dan juga rakan SISC+ PPD Tampin amnya, ini merupakan kali pertama kami mengendalikan kursus untuk guru-guru dengan kerja sama rakan-rakan lain di PPD Tampin.

Untuk julung kali ini kami menganjurkan kursus Pemantapan Pedagogi untuk Guru Dibimbing Sekolah Rendah.  Kursus yang diadakan di Emperor Hotel Melaka bertarikh 28hb Oktober 2014 hingga 30hb Oktober 2014 diadakan bertujuan untuk melengkapkan para GDB  dengan kemahiran pedagogi yang lebih mantap.

Namun dalam pada semua GDB hadir ke kursus ini, salah seorang daripada mereka Saudara Mohd Firdaus dari SMK Dato Mohd Taha, telah mengalami kemalangan di jalan raya.  Pun begitu kami bersyukur kerana beliau tidak cedera.  Sebagai tanda simpati dan ingatan dari kami SISC+ PPD Tampin, satu kutipan sumbangan telah dikumpulkan dalam kalangan peserta kursus dan SISC+ sendiri untuk diserahkan kepada beliau.

Tugas menyerahkan sumbangan tersebut telah kami berikan kepada rakan SISC+ Matematik kami Pn Yuslina Othman kerana Saudara Mohd Firdaus merupakan GCB beliau.  Diharap sumbangan yang tidak sepertinya itu dapat serba-sedikit membantu beliau.

No comments:

Post a Comment