Sunday, December 14, 2014

Bengkel Pelaporan Status

Star Q



Untuk kesekian kalinya peluang muncul lagi untuk belajar di bawah bimbingan penceramah dari English Language Teaching Centre, kali ini di tempat mereka sendiri yang terletak di Kompleks Pendidikan Nilai di Bandar ENSTEK, Negeri Sembilan.

Kali ini pihak ELTC mengadakan Bengkel Pelaporan Status Pelaksanaan In-Class Komponen Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah untuk SISC+ pada 9hb Disember 2014.

Bengkel tersebut bertujuan untuk merangka pelan tindakan bagi memurnikan elemen Differentiated Learning dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tahun 2015, khususnya untuk semua sekolah-sekolah 'hotspot'.  SISC+ Bahasa Inggeris Negeri Sembilan yang terlibat telah bercadang untuk menjalan program tersebut dalam enam fasa.  Fasa pertama akan bermula pada bulan Januari 2015.

No comments:

Post a Comment