Sunday, December 21, 2014

Mesyuarat Pengurusan Penutup 2014

Star Q



22hb Disember 2014 merupakan hari berlangsungnya Mesyuarat Pengurusan Penutup bagi tahun 2014 untuk Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.  Mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan PPD Tampin dihadiri oleh sebahagian besar staf kerana ramai yang telah mula bercuti hujung tahun.

Semasa mesyuarat tersebut, telah turut diadakan sesi penyampaian cenderahati dari pihak Kelab Kakitangan PPD Tampin.  Aantara yang diberi bersama cenderahati tersebut termasuklah kain ela dan alatulis.  Pengerusi Kelab Kakitangan berharap staf mengambil inisiatif untuk menempah baju melayu bagi staf lelaki dan baju kurung bagi staf wanita yang dapat dipakai semasa sambutan Maulud Nabi akan datang.

No comments:

Post a Comment