Wednesday, December 3, 2014

Selamat Tinggal Sahabat

Star Q


Setiap yang hidup pasti akan menghadapai kematian.  Namun apabila orang yang pergi meninggalkan kita itu seorang sahabat dan rakan se kerja, perasaan itu lebih terkesan lagi.  Perasaan inilah yang dihadapai oleh warga SISC+ Tampin apabila salah seorang daripada rakan SIP+ kami telah pergi menyahut panggilan Illahi.

Saudara SIP+ En. Ibrahim bin Yusof telah  meninggalkan kami pada 23hb November 2014 pada jam 9.40 pagi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.  Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Pn Nor Azlena bt Mat Saad, seorang guru Kimia di SMK Tuanku Abdul Rahman yang juga merupakan rakan se kerja penulis semasa berkhidmat di situ.

Allahyarham juga meninggalkan tiga orang anak; seorang perempuan dan dua orang lelaki, salah seorang daripadanya sedang menuntut dalam jurusan perubatan di Ireland.

Dalam entri yang agak terlewat ini, kami warga SISC+ memohon agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.  Pada rakan-rakan yang terbaca entri ini, mohon sedekahkanlah bacaan Surah Al-Fatihah kepada Allahyarham.


No comments:

Post a Comment