Wednesday, November 18, 2015

Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah Rendah

Star Q


Semalam, 17hb November 2015, baru sahaja diumumkan keputusan Ujian Penilaian Sekolan Rendah 2015 (UPSR)  Seperti biasa, ramai pelajar sekolah rendah telah menepati ramalan guru-guru dan ibu-bapa masing-masing dengan mendapat semua A dalam matapelajaran yang ditawarkan.

Dan mengambil kesempatan inilah maka banyak sekolah rendah di sekitar daerah Tampin berlumba-lumba mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan sekolah masing-masing pada 18hb November, 2015, apatah lagi kerana bahang keputusan tersebut masih dirasakan lagi.

Penulis sendiri berkesempatan untuk menghadiri salah satu daripada majlis hari anugerah tersebut sebagai wakil kepada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Tampin.  Penulis telah diminta mewakili beliau ke Sekolah Rendah Felda Jelai 2.  Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh mantan guru besar sekolah tersebut.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan bakat-bakat cilik sekolah tersebut termasuk dalam acara nyanyian dan tarian asli.  Syabas kepada semua warga SK Felda Jelai 2 khususnya Guru Penolong Kanan 1 merangkap Pemangku Guru Besar sekolah tersebut, Pn Hjh Hazizah bt Hj Alias.

No comments:

Post a Comment