Thursday, November 19, 2015

Mesyuarat SPK Bilangan 8/2015

Star Q


Hari  ini 20hb November 2015, merupakan hari akhir persekolahan untuk tahun ini dan mulai esok semua guru dan pelajar di semua sekolah rendah dan menengah akan mula bercuti.  Dalam pada itu masih ramai juga guru yang meneruskan tugas dalam masa cuti sebagai pengawas dan pemeriksa kertas peperiksaan.

Bagi SISC+ yang tugas rasmi kami sebagai coach seperti yang termaktub dalam buku District Transformation Programme (DTP), akan mula kembali ke pejabat untuk tugas-tugas rutin yang kebanyakannya terdiri daripada mesyuarat, pembentangan, taklimat dan sebagainya.

Diharap mulai tahun 2016 dan seterusnya selagi jawatan SISC+ ini masih terus ujud, diharap KPI yang termaktub di dalam buku DTP yang mengarahkan SISC+ ke sekolah untuk tugas coaching dan mentoring selama empat hari seminggu dapat dipatuhi dan laksanakan, memandangkan pada tahun 2014 dan 2015 KPI bulanan ini tidak dapat dicapai disebabkan kerapnya mesyuarat, taklimat dan sebagainya yang diadakan saban minggu.

No comments:

Post a Comment