Monday, December 14, 2015

Bengkel Memperkasa ICT

Star Q


VLE Frog memang sudah lama dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, namun baru kini ianya didedahkan kepada SISC+ khusus berkait dengan bagaimana ianya dapat digunakan untuk menyebarluaskan lagi Project-Based Learning.

Untuk itu, satu bengkel telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan bertempat di Port Dickson.  Perbengkelan yang berlangsung dari 8hb Disember 2015 hingga 10hb Disember 2015 telah dihadiri oleh enam orang SISC+ dari setiap Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh Negeri Sembilan.

Banyak ilmu telah diperolehi tapi aplikasinya mungkin akan agak terhad kerana SISC+ tidak diberi pengenalan diri khas untuk penggunaan VLE Frog untuk membolehkan mereka sama seiring dengan guru-guru yang mereka bimbing.

No comments:

Post a Comment