Tuesday, December 15, 2015

Kunjugan Sulung

Star Q


Bagi SISC+ yang sebahagian besar dari tugas kami adalah tertumpu kepada lawatan dan bimbingan guru-guru pada masa hari persekolahan, waktu cuti sekolah adalah masa-masa yang bergerak agak perlahan dan menenangkan.
 
Namun keheningan suasana itu telah sedikit sebanyak dirancakkan dengan kehadiran seorang tetamu kehormat yang baru sahaja mengambil alih teraju Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.  Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Pengarah Pendidikan iaitu Pn Rusni binti Ab Jalil.  Kedatangan beliau turut diiringi oleh Tn Mohd Nek Ezar bin Ismail, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.

Kebetulan pula bahagian Pejabat Pendidikan Daerah Tampin yang mula-mula beliau lawati ialah bilik-bilik SISC+ dan SIP+.  Antara SISC+ yang hadir menyambut kedatangan beliau ialah Pn Norizah bt Alias dan En. Rozy bin Ramli, dan tidak ketinggalan pegawai SIP+, Pn Heng Jee Soon.

No comments:

Post a Comment