Wednesday, December 6, 2017

Mesyuarat-mesyuarat Akhir Tahun 2017



Minggu ini semua unit di Pejabat Pendidikan Daerah Tampin disarankan agar mengadakan mesyuarat-mesyuarat bagi unit masing-masing.  Setakat masa entri ini ditulis, kesemua hari bekerja dalam minggu ini telah ditempah untuk dijalankan mesyuarat, kecuali pada hari Rabu.

Salah satu sebab kenapa semua unit digalakkan mengadakan mesyuarat mereka dalam minggu ini juga ialah untuk membolehkan semua warga Pejabat Pendidikan Daerah Tampin merancang percutian hujung tahun  masing-masing selepas minggu pertama.

Ini secara tidak langsung akan membolehkan warga PPDT benar-benar bercuti tanpa memikirkan masih ada kerja-kerja yang tertunggak yang perlu dilaksanakan sebelum menjelang tahun baharu 2018.

Merak mengigal di tepi batas
Jambang melati di atas papan
Selamat tinggal si manis tujuh belas
Kerja menanti di tahun hadapan



No comments:

Post a Comment