Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat. Show all posts

Wednesday, December 6, 2017

Mesyuarat-mesyuarat Akhir Tahun 2017



Minggu ini semua unit di Pejabat Pendidikan Daerah Tampin disarankan agar mengadakan mesyuarat-mesyuarat bagi unit masing-masing.  Setakat masa entri ini ditulis, kesemua hari bekerja dalam minggu ini telah ditempah untuk dijalankan mesyuarat, kecuali pada hari Rabu.

Salah satu sebab kenapa semua unit digalakkan mengadakan mesyuarat mereka dalam minggu ini juga ialah untuk membolehkan semua warga Pejabat Pendidikan Daerah Tampin merancang percutian hujung tahun  masing-masing selepas minggu pertama.

Ini secara tidak langsung akan membolehkan warga PPDT benar-benar bercuti tanpa memikirkan masih ada kerja-kerja yang tertunggak yang perlu dilaksanakan sebelum menjelang tahun baharu 2018.

Merak mengigal di tepi batas
Jambang melati di atas papan
Selamat tinggal si manis tujuh belas
Kerja menanti di tahun hadapan



Tuesday, February 23, 2016

Mesyuarat Pengurusan 1/2016

Star Q


Usai minggu kedua tahun 2016 ini, kami sudah pun menyelesaikan satu mesyuarat di peringkat jabatan iaitu Mesyuarat Pengurusan kali pertama untuk tahun ini.

Wednesday, December 2, 2015

Mesyuarat SPK Bil 9/2015

Star Q


Mesyuarat Sistem Pengurusan Kualiti Bil 9/2015 untuk Pejabat Pendidikan Daerah Tampin telah diadakan pada hari ini, 3hb Disember 2015.  Mesyuarat pada hari ini adalah dalam usaha untuk mencukupkan bilangan mesyuarat SPK sebanyak sepuluh kali.

Thursday, November 19, 2015

Mesyuarat SPK Bilangan 8/2015

Star Q


Hari  ini 20hb November 2015, merupakan hari akhir persekolahan untuk tahun ini dan mulai esok semua guru dan pelajar di semua sekolah rendah dan menengah akan mula bercuti.  Dalam pada itu masih ramai juga guru yang meneruskan tugas dalam masa cuti sebagai pengawas dan pemeriksa kertas peperiksaan.

Thursday, January 29, 2015

Dialog Prestasi Pertama 2015

Star Q
iii.  Pity for PT3




Bulan Januari 2015 ini juga menyasksikan berlangsungnya Dialog Prestasi Pertama untuk tahun ini.  Dialog Prestasi yang pertama ini dihadiri oleh para guru besar dan wakil-wakil guru besar dari tujuh belas buah sekolah rendah dalam daerah Tampin.

Sunday, December 21, 2014

Mesyuarat Pengurusan Penutup 2014

Star Q



22hb Disember 2014 merupakan hari berlangsungnya Mesyuarat Pengurusan Penutup bagi tahun 2014 untuk Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.  Mesyuarat yang diadakan di Bilik Gerakan PPD Tampin dihadiri oleh sebahagian besar staf kerana ramai yang telah mula bercuti hujung tahun.

Wednesday, December 10, 2014

Mesyuarat Penyediaan Pelan Tindakan Pelaksanaan Model Differentiated T&L 2015

Star Q


Rakan-rakan SISC+ Bahasa Inggeris seramai lima orang dari seluruh Negeri Sembilan telah berpeluang berkumpul semula dalam sesi mesyuarat yang telah dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

Saturday, November 29, 2014

Mesyuarat KBAT Anjuran LPM

Star Q


Kami ke luar kawasan lagi!  Kali ini ke Hotel New York di Johor Bharu untuk menghadiri Mesyuarat Penjaminan Kualiti dan Pementoran  Pentaksiran KBAT Bagi SISC+ anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia.