Tuesday, January 23, 2018

Lawatan Pra-Bimbingan Kali Pertama




Tahun ini pihak SISC+ dan SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin mengambil pendekatan yang agak berbeza dari pendekatan-pendekatan yang telah pernah kami jalankan dari tahun 2014 hingga 2017.

Hampir sebulan lamanya pihak SISC+ dan SIP+ telah meneliti dan menganalisis data peperiksaan akhir tahun 2017 bagi sekolah-sekolah yang bakal menjadi sekolah fokus, sekurang-kurangnya untuk suku pertama tahun ini.  GPMP bagi setiap matapelajaran teras untuk tingkatan 1, 2 dan 4 telah dijanakan termasuk juga GPMP anggaran untuk tahun 2018.  Ini juga melibatkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2017 untuk sekolah-sekolah rendah.

Data dan maklumat inilah yang dibentangkan kepada pihak pentadbir sekolah-sekolah yang telah dipilih untuk fokus bimbingan pada tahun ini.

Dan untuk lawatan pra-bimbingan kali pertama pada 24hb Januari 2018 ini, warga SISC+ dan SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin telah menlakukan kunjungan perkenalan ke dua buah sekolah rendah iaitu SRJKT Ladang Regent dan SK Gedok, kedua-duanya di Gemencheh.


No comments:

Post a Comment