Thursday, February 8, 2018

Sanah Helwah


Agak lama rasanya tidak melantunkan ucapan selamat hari lahir melalui laman ini,  Kali terakhir ucapan ini diabadikan adalah pada tahun 2014, ia itu pada tahun laman ini dilahirkan.

Atas sebab itulah maka usaha diambil untuk menghidupkan kembali ucapan selamat hari lahir dalam kalangan SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.  Dan untuk kali ini, penulis mengucapkan selamat hari lahir kepada En Mohd Yusof b Bujai yang lahir pada 17hb Februari, 1960.  Tidak lupa kepada penulis sendiri, yang tarikh lahirnya juga jatuh dalam bulan Februari.

Menjelang hari lahir kami masing-masing, perkhidmatan kami di PPD ini sudah pun masuk tahun yang ke lima.  Sepuluh jari diangkat memohon doa agar terus diberi kesihatan dan keberkatan usia, agar dapat memberikan yang terbaik, samada sebagai kakitangan di jabatan ini, mahu pun sebagai ketua keluarga masing-masing.

Sungguh dekat nampaknya bahtera
Tenang berlayar ke tempat selamat
Hidup sihat sentiasa sejahtera
Penuh hidayah dan juga rahmat


No comments:

Post a Comment