Saturday, February 10, 2018

Tahniah Pn Heng Jee Soon


Sesuatu yang sudah dijangka bila mana rakan SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dianugerahkan gred jawatan yang menjadi idaman hampir semua penjawat awam di negara ini.

Dalam minggu ini sahaja, Pn Heng Jee Soon, SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin telah mendapat anugerah itu dari Ketua Setiausaha Negara dan keesokan harinya diadakan majlis penyampaian khas oleh Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Dalam acara berasingan yang telah diadakan pada 9hb Februari 2018 di Bilik Gerakan Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, warga PPDT telah mengadakan majlis khas untuk Pn Heng.  Sekalung tahniah atas penganugerahan gred Jusa C Khas kpd Pn Heng dari warga SISC+ khususnya dan warga PPDT amnya.

Balung ayam diikat jerami
Ubi keladi dimasak pengat
Se kalung tahniah dari kami
Semoga jadi pemangkin semangat




No comments:

Post a Comment