Wednesday, March 27, 2019

Kelas Google Apps


Tahun lepas penulis ada menyertai rakan-rakan guru dari SMK Tuanku Abdul Rahman untuk satu sesi CPD Continuous Professional Development di Kolej Komuniti Segamat 2.

Tahun ini, sekali lagi penulis turut serta bersama rakan-rakan guru dari sekolah yang sama untuk satu lagi sesi CPD.   Kali ini kursus berkaitan Google Apps di Kolej Komuniti Segamat 2 pada 27hb Februari 2019.

Kursus yang lebih tertumpu kepada penggunaan dan aplikasi Google Drive dan Google Forms banyak memberi ilmu baru kepada penulis berstatus warga emas ini; ilmu yang sekurang-kurangnya dapat di gunakan dalam pekerjaan sehari-harian penulis.

Terima kasih kepada rakan-rakan guru, khususnya Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 SMKTAR, Pn Norasyikin Mohd Aris kerana telah mempelawa penulis untuk turut serta.



No comments:

Post a Comment