Sunday, March 24, 2019

Kursus TS25 Module 1 Kohort 4




Sudah agak lama berehat dari menulis di laman ini disebabkan tiada masa yang betul-betul terluang untuk buat kerja-kerja 'editing' setiap kali satu-satu entri hendak ditulis.  Masa yang paling lama diambil untuk edit gambar-gambar yang hendak dimuatnaik dalam entri.

Berbalik kepada entri ini, ianya berkisar tentang Kursus TS25 Module 1 Kohort 4 yang telah diadakan dari 19hb Mac 2019 hingga 21hb Mac 2019 di Pejabat Pendidikan Daerah Rembau.  Kursus ini melibatkan 4 buah sekolah dari Tampin dan 3 buah sekolah dari Rembau, kesemuanya diwakili samada oleh Pengetua atau Guru Besar dan GPK 1 masing-masing.

Manakala SISC+ pula hanya diwakili oleh dua orang iaitu, seorang dari PPD Rembau iaitu Pn Hjh Azizah.  Dan seorang dari PPD Tampin, iaitu penulis sendiri.

Dalam pada itu, penulis masih berharap akan ada lah sekurang-kurangnya satu kursus yang dianjurkan oleh ELTC pada awal tahun ini.  Setidak-tidaknya, selain daripada mendapat ilmu, dapat juga bertemu kawan-kawan yang telah dikenali sejak 2014.  In syaa Allah.

No comments:

Post a Comment