Kami ke luar kawasan lagi! Kali ini ke Hotel New York di Johor Bharu untuk menghadiri Mesyuarat Penjaminan Kualiti dan Pementoran Pentaksiran KBAT Bagi SISC+ anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Semasa berkhidmat di sekolah dulu, memang tidak pernah terlepas dari menjalankan program latihan kebakaran, paling kurang dua kali setahun. Pada masa latihan inilah, pentingnya pergerakan yang cepat dan teratur ke tempat yang selamat dalam masa yang tertentu kerana sebarang kelewatan akan menyebabkan kehilangan nyawa.
Buat julungkalinya, konvensyen ini telah diadakan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Walaupun kumpulan rintis SISC+ dan SIP telah lebih setahun dilantik di Sabah dan Kedah, namun inilah kali pertama konvensyen seperti ini diadakan disini.
Bengkel Penandaan Matematik UPSR Kertas 1 (015/2) ini telah diadakan khusus untuk para guru Matematik Tahun 6 atau Tahap 2 di sekolah-sekolah rendah di daerah Tampin. Ianya telah dikendalikan dengan kerjasama padu pegawai FasiLinus Matematik dan SISC+ Matematik (Sekolah Rendah)
Sebagai persediaan awal bagi bakal pelajar yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2015 tahun hadapan, Unit Pejabat Akademik Matematik Rendah PPD Tampin telah menjalankan bengkel untuk para pelajar Tahun 5 2014.
Seperti yang dikatakan oleh seorang profesor yang merupakan salah seorang penceramah dalam kursus Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 ini, abad dua-puluh satu sudah berjalan selama empat-belas tahun namun kemahiran pembelajaran yang berkait dengannya baru sahaja dimulakan.
Liga kedua dalam kursus yang diadakan untuk Guru DiBimbing anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Tampin dan diselenggarakan oleh warga SISC+ PPD Tampin diteruskan lagi untuk guru-guru Sekolah Rendah pula.
Tahun ini merupakan tahun ketiga program ini dijalankan dengan tujuan untuk membekalkan para guru Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah rendah daerahTampin dengan bahan yang boleh digunakan dalam kelas bersama para pelajar tahun enam sebagai bahan latihan tambahan selain daripada bahan-bahan lain yang telah disediakan oleh guru sendiri.
Selama ini penulis sendiri pada kebiasaannya hanya pergi menghadiri kursus-kursus yang dijalankan oleh pihak PPD, JPNS mahupun KPM. Tapi, buat diri penulis sendiri khususnya, dan juga rakan SISC+ PPD Tampin amnya, ini merupakan kali pertama kami mengendalikan kursus untuk guru-guru dengan kerja sama rakan-rakan lain di PPD Tampin.
Pada hari Selasa 28hb Oktober 2014, kesemua warga SISC+ PPD Tampin telah menghadiri taklinat berkenaan I-Think atas talian yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Taklimat yang diadakan di Dewan Kuliah SMK Chung Hwa Kuala Pilah itu turut dihadiri oleh rakan-rakan SISC+ dari kesemua PPD di Negeri Sembilan.