Seperti kebiasaannya, setiap hari Jumaat, warga Pejabat Pendidikan Daerah Tampin akan memulakan hari dengan Asma ul Husna, bacaan Surah Al-Kahfi dan Surah Yaasin disertai doa. Majlis ini biasanya diketuai oleh tiga orang ustaz yang bertugas di PPD Tampin.
Seperti kebiasaan juga, setiap Jumaat selepas majlis di atas, akan ada sedikit jamuan makan yang ditaja mana-mana warga PPD Tampin mengikut tarikh yang mereka pilih sendiri.
Cuma yang istimewanya jamuan pada hari Jumaat ini (25hb Januari 2018), setelah genap 5 tahun berkhidmat di sini, Kelab Staf PPD Tampin telah mengadakan 'potluck' sebagai ganti jamuan tajaan individu. Tak dapat dinafikan, walaupun ada makanan lain seperti pulut dan sambal tumis, mee hoon goreng, kuih-muih dan cendol, yang paling menjadi tumpuan warga PPD Tampin ialah durian.
Rakan-rakan peminat durian memang benar-benar menikmati hidangan yang bertemakan durian seperti pulut dan durian, kuah durian dan roti, cendol durian dan juga durian segar itu sendiri. Penulis sendiri hanya melihat dengan kagum kerana tidak gemar langsung memakan durian segar.
Terima kasihlah kepada semua warga PPD Tampin yang menjayakan 'potluck' ini. Semoga Allah murahkan rezeki tuan-tuan dan puan-puan.
No comments:
Post a Comment