Ini merupakan sesi pertemuan kali pertama untuk tahun 2019 ini bersama dengan guru-guru dari sekolah-sekolah fokus di daerah Tampin. Rata-rata memulakan pertemuan dengan bertanya khabar dan juga perkembangan terkini masing-masing.
Untuk minggu-minggu awal bulan Januari ini, bengkel-bengkel Professional Learning Community (PLC) dijalankan bersama guru-guru di sekolah merangkumi pelbagai aspek akademik; khususnya bagi melihat dan meneliti program yang telah dirancang oleh Panitia subjek fokus untuk tahun 2019. Perhatian khusus diberikan kepada keselarian program dengan isu yang timbul dan objektif yang hendak dicapai.
Bengkel-bengkel yang diadakan ini dijalankan bersama oleh SIP+ dan SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin.
No comments:
Post a Comment