Thursday, January 31, 2019

Kemeriahan Tahun Baru Cina




Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang akan berlangsung pada 5hb Februari 2019, hari Selasa hadapan, pihak Kelab Staf Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, diterajui oleh Pengerusinya, telah mengadakan satu sambutan yang mirip menggaul Yee Sang.

Seperti kebiasaan hari Jumaat, para pegawai di PPD Tampin akan berkongsi mengadakan jamuan sarapan pagi.  Jumaat ini menyaksikan kami meraikan rakan pegawai kami berbangsa Tionghua, En. Tee.  Sepatutnya majlis ini diraikan bersama pegawai SIP+ Pn Heng Jee Soon, namun beliau bercuti pada hari ini.

Selain dari hidangan yang mirip Yee Sang, terdapat juga hidangan lain seperti lontong, bubur kacang hijau durian, lempeng kelapa dengan sambal sardin, mee hoon Goreng dan kuih koci.




No comments:

Post a Comment