Program Melestarikan Professional Learning Community (PLC) diteruskan lagi dengan sekolah menengah yang terakhir dalam senarai lawatan. Selesai lawatan ke sekolah menengah, akan menyusul lawatan melestarikan PLC ke sekolah-sekolah rendah terpilih.
Semasa waktu senggang dalam program Melestarikan PLC di sekolah menengah ini, penulis sempat mengadakan sesi PLC sendiri bersama dengan tiga orang guru Bahasa Inggeris. Guru-guru tersebut bertanyakan teknik mengajar menulis karangan kepada murid-murid yang lemah dalam Bahasa Inggeris.
Selain dari memberi beberapa cadangan, penulis telah menjemput guru-guru tersebut melawat laman blog penulis iaitu http://thecookingteacher1969.blogspot.com untuk mendapatkan contoh-contoh lembaran kerja tentang latihan menulis karangan yang boleh dimuat-turun.
Dari respon guru-guru, penulis melihat mereka teruja dengan adanya bahan-bahan yang sedia dimuat-turun atau diadaptasi mengikut kesesuaian dan tahap murid-murid mereka.
No comments:
Post a Comment