Sesuatu yang sudah dijangka bila mana rakan SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dianugerahkan gred jawatan yang menjadi idaman hampir semua penjawat awam di negara ini.
Saturday, February 10, 2018
Tahniah Pn Heng Jee Soon
Thursday, February 8, 2018
Sanah Helwah
Agak lama rasanya tidak melantunkan ucapan selamat hari lahir melalui laman ini, Kali terakhir ucapan ini diabadikan adalah pada tahun 2014, ia itu pada tahun laman ini dilahirkan.
Tuesday, January 23, 2018
Lawatan Pra-Bimbingan Kali Pertama
Tahun ini pihak SISC+ dan SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Tampin mengambil pendekatan yang agak berbeza dari pendekatan-pendekatan yang telah pernah kami jalankan dari tahun 2014 hingga 2017.
Wednesday, December 6, 2017
Mesyuarat-mesyuarat Akhir Tahun 2017
Minggu ini semua unit di Pejabat Pendidikan Daerah Tampin disarankan agar mengadakan mesyuarat-mesyuarat bagi unit masing-masing. Setakat masa entri ini ditulis, kesemua hari bekerja dalam minggu ini telah ditempah untuk dijalankan mesyuarat, kecuali pada hari Rabu.
Salah satu sebab kenapa semua unit digalakkan mengadakan mesyuarat mereka dalam minggu ini juga ialah untuk membolehkan semua warga Pejabat Pendidikan Daerah Tampin merancang percutian hujung tahun masing-masing selepas minggu pertama.
Ini secara tidak langsung akan membolehkan warga PPDT benar-benar bercuti tanpa memikirkan masih ada kerja-kerja yang tertunggak yang perlu dilaksanakan sebelum menjelang tahun baharu 2018.
Merak mengigal di tepi batas
Jambang melati di atas papan
Selamat tinggal si manis tujuh belas
Kerja menanti di tahun hadapan
Monday, December 4, 2017
Lantikan Rasmi sebagai SISC+
Setelah hampir empat tahun menanti untuk dilantik secara rasmi sebagai pegawai SISC+, maka akhirnya tibalah tarikh dan masa yang dinanti-natikan oleh semua SISC+ amnya dan SISC+ Negeri Sembilan khususnya.
Sunday, December 3, 2017
CPD : Bengkel Aplikasi Perkakasan Teknologi dalam PdPc
Rasa sangat terharu bila rakan-rakan SISC+ dari daerah lain tidak melupakan kami bila mereka ingin berkongsi ilmu. Dalam hal ini, setinggi penghargaan harus dipanjangkan kepada rakan-rakan dari Pejabat Pendidikan Daerah Rembau.
Saturday, December 2, 2017
Jamuan Akhir Tahun SISC+ dan SIP+ PPD Tampin
Sebenarnya bukanlah jamuan akhir tahun sangat. Tetapi sebagai satu cara kami memberi ganjaran (rewards) pada diri sendiri. Sedangkan dalam bilik darjah Abad 21 pun ganjaran diberi kepada yang berjaya, ini kan pulak dalam situasi kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)













